CLIK-CLIK NUFFNAG

Saturday, December 29, 2012

Prince Court Medical Center

Oh! Jika tengok pada tajuk ... aku bukan doktor yang bekerja disini 
cuma 
aku adalah pesakit yang pernah dirawat disini.
Aku bersalinkan Adam Raiyan di sini pada tahun 2009.
Terima kasih aku ucapkan pada pihak penaja 
Petronas.
Oh! 
Aku bukan bekerja disini.
Suami tersayang yang bekerja disini
Dulu kali pertama aku bersalin di PCMC
Sangat la best.
Single room
ala hotel siap dengan kelengkapan toiletries
plus sachet tea and coffee.
Bab makan 
Best siap buleh order ape ko nak
Breakfast pilih jer ala malaysia
ala english : American break fast
ala chinese
lunch pun sama
siap dengan desert
Tapi sebab aku bersalin maka menu hari-hari aku
adalah
ikan...fish...ikan
tapi desert aku 
tetap kek
kadang-kadang tiramishu
coklat kek
cheese cake
tapi masa time bersalinkan Aisy Isyraf tahun 2011
bilik masih single
tpi pesakit dah ramai
toiletries dah takde sama gak ngn air sachet tu
dah tak masukdalam package petronas
hmmm
tapi baru-baru ini
masa adam kene 
minor operation
kami dapat bilik double 
tak best 
alasan bilik penuh
tapi menu makan tetap sedap walaupun dah semakin 
kurang pilihan
ape pun bagi aku jika aku kaya berduit
memamg aku 
promote la pergi PCMC
selesa
puas hati
yela sakit bukan selalu
tapi jika tak berduit 
beli la insurance

Adam minor operation kene remove toe nail


List of Menu..

Meriahkan ada menu untuk ibu dan anak
Siap order lamb tau..

Baju kurung moden - Patch Lace

Agak lama aku tak update blog ni...
gara-gara agak busy kerja. Tadi aku baru saja pulang dari kenduri kawin teman sepermainan 
ketika zaman kanak-kanak.
Kami berjiran, jadi kami agak rapat, selalu bermain bersama. 
Aku rapat dengan abang dan adik die. 
Aritu abang die yang kawin 
kali ini giliran adik die pula.
Sepadan doktor bertemu doktor...
Ok kali ini nak bercerita pasal baju kurung moden ala patch lace..
Gila sekarang ini ramai yang pakai...cantik-cantik pula tu
Nasib aku ada 3 pasang baju patch lace.
Baju yang mula-mula aku buat masa tahun 2011... ala tahun lepas jer (ada lagi beberape hari nak menjelang tahun baru 2013.
Baju yang sepatutnya jadi baju Raya tapi gara-gara aku tak sempat nak jahit patch lace die...maka baju tu pun terbengkalai...

Bangga tau baju ni aku jahit sendiri tapi di tangan jer... yang lain biras aku yang jahit


Haa,,, ni baju yang kedua... kain thai silk beli kat Jakel murah jer... tpi dalam lining kain bawal untuk meresap peluh. Kain lace tu beli kat kedai india berdepan Semua House... Ni upah jahit jer dekat RM300.


Ini yang terakhir untuk tahun ini... mahal jugak ni... kain aku beli kat Gulatis jenis crepe...lace tu aku beli border lace kat bandung. Sebabkan banyak sangat border lace tu biras aku pun letak la di tangan, kaki baju dan kaki kain siap dengan jahit manik... tu pasal la mahal...

Ok sekarang  ini kira aku xde la ketinggalan mengikut kitaran fesyen even aku dah beranak 2...

Wednesday, November 14, 2012

Medela Swing - convert to double pump

Pagi yang sunyi...
Nak kongsi cerita tentang Madela Swing convert to double pumping...
Apa yang diperlukan?
t-junction connector 
tubing 1 yang baru
Corong 1 yang baru
1 swing connector
1 swing valve

Mana nak beli t junction connector... beli jer kat kedai ikan...harga die dalam rm2.50

Kemudian potongkan 2 tubing tu dalam ukuran 6 inchi dari kepala yang nak di connect to motor...dan
Kemudian sambungkan tubing yang dipotong ke t junction connector, tubing yang pendek sambung pada tengah bahagian t junction, kemudian sambungkan tubing yang panjang ke bahagian t junction connector kiri dan kanan...


Komen... bila jadi double pumping ni.. suction die kurang skit sebab swing digunakan untuk  1 suction ... tpi tetap terasa dan hasil masih sama... yang terbaik jimat masa..


Ini pula cara untuk jadi hand free ... x perlu pegang...saya beli tali yang mampunyai kelip di setiap hujung...bila nak guna lilitkan di tengkuk botol dan pusingkan. Kelipkan di bahagian baju dalam...



Saturday, October 20, 2012

My Turban Style



Assalamualaikum......


Turban style hijab....
Ye aku juga berfashion untuk hijab...
tapi aku masih menutup aurat.
setiap kali aku berhijab ala turban
aku juga akan tutup leherku
Ini kerana leher juga salah satu aurat.
Jadi aku hanya berhijab turban bila aku pergi ke tempat yang dingin supaya aku dapat memakai mafla atau pun shawl yang dililitkan di leher.


1. Genting , 2,3,4 : New Zealand

Dusk Pink and Silver Patch Lace

Dah lama aku tak menulis...busy tak sempat nak curi2 guna internet. So kali ini aku nak tunjuk baju patch lace aku yang terbaru. Color dusk pink vs silver a.k.a kelabu...Baju ni aku tempah dekat kak ipar aku...toilor biasa sebab hanya die saja yang mampu menjanjikan hasil yang sangat memuaskan hati.
middle to bottom
Baju ini aku tempah khas untuk pergi wedding cousin aku Ija & Shine. Tema untuk keluarga adalah dusk pink.Kain aku beli di gulatis, jenis crepe yang mahal skit sebab nak nampak berat. Patch lace aku beli border lace di Pasar Baru, Bandung. Aku beli semeter, cukup and berlebih. So total upah jahit semuanya RM290. Pengsan bila aku dengar upah die... 


Trying after got it

At wedding with my lover

Full with beads dusk pink and grey

Saturday, September 8, 2012

AKU MAHU CANTIK

Aku nak berkongsi cerita bagaimana aku dulu menjaga kulit muka... Jika orang tengok muka aku memang la nampak kulit aku putih bersih. Tapi hakikatnya aku mempunyai masalah open pores. Ini gara2 jerawat nasi masa umur aku 13 tahun... dulu aku selalu picit jerawat nasi ni lepas abis sekolah... sekarang kene tanggung akibatnyer...

Bila aku sudah start kerja lepas graduate, aku pun belilah produk Clinique yang 3 basic steps... sabun pencuci muka, toner dan moisturiser. hampir 6 tahun aku pakai produk ini, tapi kulit muka aku tetap sama. Aku ada masalah open pores dan color kulit yang tidak sekata.

Suatu hari aku temankan akak aku pergi ke kaunter SKII untuk buat skin test. Bila akak aku siap buat skin test tu, beautision ni pun explain la result test skin akak aku.... Maka aku pun terpengaruh untuk melakukan test skin tersebut. Hasilnyer aku yang takut, bila die kata color kulit aku tidak sekata, tidak berape keanjalan kulit, dark spot  dan lain2 lgi. So die pun terangkan product ape yang sepatutnyer kita guna:

1st :: Make up removal
2nd:: Cleanser
3rd:: Scrub
4th:: Toner
5th:: Serum ( treatment :: aku guna SKII facial treatment essence)
6th:: Eye gel
7th:: Moisturiser
8th: UV protection.

Hah! Gilakan banyak betul barang yang kita kene beli untuk jaga kulit muka dengan cara yang betul. So aku pun sudah memiliki kesemua 8 jenis barang ini...Kesemua benda ini penting agar kita dapat melambatkan penuaan... yang bestnyer this hari raya ada yang panggil aku adik padahal aku sebaya dengan die dan ada makcik yang tanya kat mak aku sama ada aku ni masih belajar ker? Oh! tidak! Saya sudah ada 2 anak lelaki.

Before Aug 2011

After Aug 2011





LA TEA GARDEN

Dimana? Penang, Sg Dua... on the way nak ker mee udaing sg dua. Tempat makan ini menarik, sedap dan murah selepas kandang kambing kat kg pelet... Menu makanan western and local.


Upper view

Yang menarik tentang tempat makan ini, ada la ia merupakan sebuah rumah kampung lama yg telah di ubah suai menjadi restoran. Rumah kayu dua tingkat di bahagian luar bawah di jadikan ruang makan dan di bahagian dalam di jadikan dapur. Sangat kreative,... banyak menggunakan barangan IKEA sebagai dekorasi .

Beverage corner.
Lamb Chop with Black pepper sauce



It is a big portion
Tempat yang menarik untuk dicuba, masa kami pergi tu bulan posa....memang penuh if tidak booking alamatnyer tak dapat la nak makan.