CLIK-CLIK NUFFNAG

Wednesday, November 14, 2012

Medela Swing - convert to double pump

Pagi yang sunyi...
Nak kongsi cerita tentang Madela Swing convert to double pumping...
Apa yang diperlukan?
t-junction connector 
tubing 1 yang baru
Corong 1 yang baru
1 swing connector
1 swing valve

Mana nak beli t junction connector... beli jer kat kedai ikan...harga die dalam rm2.50

Kemudian potongkan 2 tubing tu dalam ukuran 6 inchi dari kepala yang nak di connect to motor...dan
Kemudian sambungkan tubing yang dipotong ke t junction connector, tubing yang pendek sambung pada tengah bahagian t junction, kemudian sambungkan tubing yang panjang ke bahagian t junction connector kiri dan kanan...


Komen... bila jadi double pumping ni.. suction die kurang skit sebab swing digunakan untuk  1 suction ... tpi tetap terasa dan hasil masih sama... yang terbaik jimat masa..


Ini pula cara untuk jadi hand free ... x perlu pegang...saya beli tali yang mampunyai kelip di setiap hujung...bila nak guna lilitkan di tengkuk botol dan pusingkan. Kelipkan di bahagian baju dalam...



Saturday, October 20, 2012

My Turban Style



Assalamualaikum......


Turban style hijab....
Ye aku juga berfashion untuk hijab...
tapi aku masih menutup aurat.
setiap kali aku berhijab ala turban
aku juga akan tutup leherku
Ini kerana leher juga salah satu aurat.
Jadi aku hanya berhijab turban bila aku pergi ke tempat yang dingin supaya aku dapat memakai mafla atau pun shawl yang dililitkan di leher.


1. Genting , 2,3,4 : New Zealand

Dusk Pink and Silver Patch Lace

Dah lama aku tak menulis...busy tak sempat nak curi2 guna internet. So kali ini aku nak tunjuk baju patch lace aku yang terbaru. Color dusk pink vs silver a.k.a kelabu...Baju ni aku tempah dekat kak ipar aku...toilor biasa sebab hanya die saja yang mampu menjanjikan hasil yang sangat memuaskan hati.
middle to bottom
Baju ini aku tempah khas untuk pergi wedding cousin aku Ija & Shine. Tema untuk keluarga adalah dusk pink.Kain aku beli di gulatis, jenis crepe yang mahal skit sebab nak nampak berat. Patch lace aku beli border lace di Pasar Baru, Bandung. Aku beli semeter, cukup and berlebih. So total upah jahit semuanya RM290. Pengsan bila aku dengar upah die... 


Trying after got it

At wedding with my lover

Full with beads dusk pink and grey

Saturday, September 8, 2012

AKU MAHU CANTIK

Aku nak berkongsi cerita bagaimana aku dulu menjaga kulit muka... Jika orang tengok muka aku memang la nampak kulit aku putih bersih. Tapi hakikatnya aku mempunyai masalah open pores. Ini gara2 jerawat nasi masa umur aku 13 tahun... dulu aku selalu picit jerawat nasi ni lepas abis sekolah... sekarang kene tanggung akibatnyer...

Bila aku sudah start kerja lepas graduate, aku pun belilah produk Clinique yang 3 basic steps... sabun pencuci muka, toner dan moisturiser. hampir 6 tahun aku pakai produk ini, tapi kulit muka aku tetap sama. Aku ada masalah open pores dan color kulit yang tidak sekata.

Suatu hari aku temankan akak aku pergi ke kaunter SKII untuk buat skin test. Bila akak aku siap buat skin test tu, beautision ni pun explain la result test skin akak aku.... Maka aku pun terpengaruh untuk melakukan test skin tersebut. Hasilnyer aku yang takut, bila die kata color kulit aku tidak sekata, tidak berape keanjalan kulit, dark spot  dan lain2 lgi. So die pun terangkan product ape yang sepatutnyer kita guna:

1st :: Make up removal
2nd:: Cleanser
3rd:: Scrub
4th:: Toner
5th:: Serum ( treatment :: aku guna SKII facial treatment essence)
6th:: Eye gel
7th:: Moisturiser
8th: UV protection.

Hah! Gilakan banyak betul barang yang kita kene beli untuk jaga kulit muka dengan cara yang betul. So aku pun sudah memiliki kesemua 8 jenis barang ini...Kesemua benda ini penting agar kita dapat melambatkan penuaan... yang bestnyer this hari raya ada yang panggil aku adik padahal aku sebaya dengan die dan ada makcik yang tanya kat mak aku sama ada aku ni masih belajar ker? Oh! tidak! Saya sudah ada 2 anak lelaki.

Before Aug 2011

After Aug 2011





LA TEA GARDEN

Dimana? Penang, Sg Dua... on the way nak ker mee udaing sg dua. Tempat makan ini menarik, sedap dan murah selepas kandang kambing kat kg pelet... Menu makanan western and local.


Upper view

Yang menarik tentang tempat makan ini, ada la ia merupakan sebuah rumah kampung lama yg telah di ubah suai menjadi restoran. Rumah kayu dua tingkat di bahagian luar bawah di jadikan ruang makan dan di bahagian dalam di jadikan dapur. Sangat kreative,... banyak menggunakan barangan IKEA sebagai dekorasi .

Beverage corner.
Lamb Chop with Black pepper sauce



It is a big portion
Tempat yang menarik untuk dicuba, masa kami pergi tu bulan posa....memang penuh if tidak booking alamatnyer tak dapat la nak makan.

Friday, August 3, 2012

Baju patch lace yang pertama

Ini adalah baju patch lace raya tahun 2011... mula2 aku ingat nak jahit patch lace tu sendiri, yela ada masa baru lepas pantang. Tpi hasilnya tangan jer yang mampu aku jahit sendiri, yang bahagian badan tu tak mampu sebab bila aku jahit jadi x kemas... so aku pun kasi la pada yang pakar... ini la hasilnyer...

masa wedding Pokku + Dayah

Right Decisionn - Shaklee

baru sampai
Aku membuat keputusan yg tepat untuk counteremeasure di bulan posa. Aku tahu ni pun apabila terbaca di blog yg menceritakan bagaimana nak tambah air susu badan. So bila tanya kawan2 yg mengepam, rupa2nyer dorang pun sudah tahu pasal benda ini... Siap ada yg dah makan pun. So aku pun order la dari Zura, naluriibu.blogspot. Ape benda ini.... produk shaklee kesemua ini adalah vitamin:

1- Alfa alfa
2- Vitalea
3- Vitamin C
4. B complex
5- ESP ( protein soya )

So aku start ambik set ini 3 hari before posa, hasilnya mmg lambat skit la, mula2 aku hampir nak give up juga... tpi dh keluar duitkan so aku makan juga pil2 yg besar dan berbau ini.

2 mggu hasilnya....menajubkan...dulu if pump 3kali pun aku hanya buleh dapat 10 oz sekarang, 15 oz...alhamdullillah...

Rezeki Aisy ( 1 year old)
Botol yg paling kanan tu, warnanyer lain skit, kekuningan sebab dari makan vitamin2 tu...ini aku pump sebelah kanan jer... hampir penuh... sebelum ni hanya boleh dapat 3 oz jer tu sebelah kanan...

If sape2 berminat nak cuba produk ini untuk tambahkan susu, boleh emailkan or komen yer...nnti saya rekemen kat zura tu...